Thursday 6 July 2017

ASAM PEDAS MELAKA


RESEPI ASAM PEDAS MELAKA ASLI

Bhn2:

4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering kisar - boleh letak lebih 
3 cm belacan - Syamie guna 1cm je
2 cm kunyit hidup 
1 sudu besar lada hitam 
(bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada hitam blend skali)
 
3 batang serai - dititik
1 sudu teh halba 
Daun kesum + bungan kantan
Bendi / terung 
Air asam jawa secukupnya
Garam + gula
Minyak utk menumis
 
Caranya :
- Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan sikit..
 - masukkan bhn2 blend td dan serai dan tumis hingga garing dan pecah minyak..  )
- Dah garing, masukkan gula.. agak2 ye jgn la manis sgt.( syamie letak 1 s/t je).. masukkan daun kesum n bunga kantan..
- masukkan ikan, kacau2 sikit, dan masukkan air asam jawa....
banyaknye asam jawa tu bergantung kesukaan u all nk buat kuah tu pekat ke cair... kalau cair sgt tak sedap pulak... masam tu u all boleh agak2 jugak.. jgn sampai masam gilerrr... 
- masukkan bendi or terung... 
- perasakan dengan garam dan  biar dia mendidih 
- tutup api....


                                                   Petua SYAMIE:
 
1. asam pedas melaka ni kalau letak belacan lagi kick.. kalau sape2 yg gatal hidung tu, jangan la letak... 


 
2. kalau nak rasa kesedapan lagi.. biar masak awal 3 @ 4 jam b4 nak makan... lagi lama lagi sedap coz baru sebati rasa dia tu...
 
3. lagi pekat, lagi sedap...
 
4. menggunakan ikan fresh, lagi terasa kesedapannya.. sampai boleh hirup itu kuah...
 
 
5. Asam pedas asli melaka ni, lepas korang dah basuh tangan walau sabun pon, bau dia masih melekat kat tangan... for sure menjadi la tuh.. hehehehe
 
 

Sunday 2 July 2017

Dua adik -beradik yg sangat aktif


Along: Adik jom naik motor
Adik: Jom....

Doa Dimurahkan Rezeki

Doa Murah Rezeki



Resepi brownies kedut syawal 2017

Hai semua,
Trending sekarang ialah Brownies Kedut. Actually brownies jika dibuat mengikut teknik yang betul memang akan menghasilkan permukaan yang sedikit berkedut, shining dan crack. Brownies ni jenis kek mampat yang teksturenya dense dan rasanya memang kaya dengan coklat. Resepi brownies yang bagus ialah resepi yang kuantiti coklatnya lebih banyak dari kuantiti tepung.


Tips Menghasilkan Kedut Brownies

Macam saya cakap tadi, brownies yang betul teknik adunnya memang akan menghasilkan kedut. Antara tips yang saya amalkan dalam mendapatkan kedutan yang cantik ialah

1. Guna Coklat  Couverture  atau coklat compound yang bermutu tinggi. Contoh jenama coklat yang paling bagus ialah Callebout, Hershey atau paling murah coklat compound yang boleh kita dapat ialah jenama Beryl's. Kedutan akan terbentuk hasil dari tindabalas cocoa tulen yang dibakar didalam oven membentuk lapisan halus diatas yang shining. Jangan sesekali guna coklat masakan biasa, atau coklat compund yang harganya murah. Ini kerana coklat tersebut kebanyakan mengandungi sedikit sahaja peratusan cocoa dan hanya mengandungi lebih gula dan lelemak sahaja. Warnanya adalah dari pewarna sahaja. Brownies dari coklat yang tidak tulen selalunya berwarna hitam pekat tetapi tak ada rasa coklat didalamnya. Selain tu kedutan juga tak terbentuk diatasnya.

2. Pastikan coklat dimasukkan pada akhir adunan. 

3. Jangan guna mixer dan jangan overmixed adunan. Adunan brownies tidak boleh menggunakan mixer, perlu diadun dengan senduk kayu sahaja. Adunan juga tidak boleh dikacau terlalu lama. Cukup sehinga semua adunan sebati. Jika nak juga guna mixer contohnyanya jika menyediakan dalam kuantit yang banyak, boleh putar sekejap sekejap sahaja sehingga adunan sebati.

Tips Brownies Lebih Sedap

1. Guna sedikit garam kasar. Pengunaan garam dalam membuat kek dan biskut bukanlah sesuatu yang pelik. Secubit garam mampu mebangkitkan rasa dan memberi keseimbangan manis. Boleh cairkan garam kasar bersama butter atau bersama coklat.

2. Guna butter yang berkualiti. Jangan sesekali guna marjerin. Ada sesetengah resepi brwonies menggunakan minyak. Guna minyak jagung dari menggunakan minyak sayuran biasa (minyak masak).

3. Jangan terlebih bakar. Brownies yang sedap sediit moist didalamnya. Kalau terlebih bakar, brownies akan cepat mengeras dan  kering. Jadi masa bakar brownies kena hati-hati jangan overbaked

Ok Jom tengok resepi Brownies Kedut

Resepi Brownies Kedut

Bahan-bahan 
400 gm Dark coklat Couverture atau coklat Compound, saya pakai jenama Beryl's jenis coins
150 gm mentega
170 gm gula perang - kalau guna gula castor kurangkan menjadi 150gm sahaja
4 biji telur saiz A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri, saya pakai Blue Key
30 gm serbuk koko, saya pakai jenama Beryl's
Secubit garam kasar

Cara penyediaan

Panaskan oven pada suhu 160C

Cairkan butterdan garam kasar menggunakan double boiler atau microwave. Kacau rata.

Coklat dipotong halus dan cairkan mengunakan kaedah double boiler atau microwave. Kacau rata.

Note : Boleh je cairkan coklat dan butter sekali menggunakan double boiler atau microwave

Tepung digaul bersama serbuk koko dan diayak.

Satukan telur, butter cair, gula  castor dan gula perang dalam mangkuk besar. Masukkan esen vanila. Mengunakan senduk kayu atau sudu, kacau sehingga sebati semua bahan.


Masukkan tepung diselang seli dengan coklat. Simpan sedikit coklat untuk dimasukkan akhir sekali. Kacau rata adunan.

Akhir sekali masukkan baki coklat cair dan kacau kaup 3-4 kali menggunakan sudu.

Masukkan adunan dalam loyang 10 x 10 inchi. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan tadi.

Masak selama 30-40 minit. Oven saya memerlukan 40 minit untuk bakar. Tahap panas oven ni lain lain, jadi kena selalu tengok kalau anda tak pasti oven anda bagaimana. Make sure tak terlebih bakar.

Cara nak pastikan brownies tak terlebih bakar ialah dengan menggunakan cake tester yang dicucuk pada kek. Sekiranya brownies belum masak, bilah tester akan dilumuri dengan adunan kek. Jika sudah cukup-cukup masak, sedikit gumpalan kek akan lekat di bilah tester. Boleh terus tutup suis oven.

Biar sekejap brownies dalam oven yang direnggangkan pintunya dalam 10-15 minit.

Sejukkan brownies pada suhu bilik selama beberapa jam sebelum dipotong.

Jangan sesekali masukkan dalam peti sejuk kerana ini akan menjadikan brownies keras.

Brownies tahan 4 hari tanpa peti sejuk.

Jika perlu masuk peti sejuk juga, bila hendak makan, bolehla reheat sekejap dalam oven atau microwave untuk melembutkan coklatnya.

sinaran anak-anak kecil 2017


Throwback gambar along tahun lepas..

Monday 10 February 2014

kenangan sambut new year 2014

Assalamulaikum, kepada pembaca yang dikasihi..berdasarkan tahun 2014 sekarang i nk brubah sikit dasar penulisan. Perasaan penulisan i dulu mcm budak-budak..hehe..mcm xsenonoh je ayat ..hehe..(suka kejap)..hahhahahaahhah(ni gelak)...eiiii..syok sdiri kejap..pembaca jangan marah ya...alkisah la malam tu malam new years..i ni baru datang dari kampung tinggal di bumi metropolitan iaitu kuala Lumpur.konon la kan nk tgk org sambut new years..apa org kelate cakap i ni kira DARAT la..maksud dia org kampung kejutan budaya..i pg dengan my husaband..masa tu i kerja tadika la ..first i kerja masa datang dekat kuala lumpur ni jadi CASHIER dekat sebuah pasaraya besar..nanti i citer lain kali pengalaman CASHIER ni...ok la dipendekan story..i bertolak kul 9.30 mlm selepas solat isyak..excited ni nk pg tgk bunga api countdown new years..naik train ..ya allah,,i ingat i je yg culture shock rupanya ramai lagi..pakaian mcm org angkut barang sesetengah yang naik train..kononya fesyen...ah,lantak diorg la nk pakai apa..now, story nk pg klcc ni...hohoho..i sambut new years dekat klcc k..bila sampai sana .ramai giler org...ya allah, ak xpernah tgk org seramai tu..nk muntah tgk lautan manusia...i xsuka tulis panjang lebar .I ni pemalas orgnya..nanti i tunjuk gambar firework countdown 2014..for information yang ni adalah last i pg dekat countdown..nk tahu kenapa???..sb buang masa dan tenaga..org ramai giler kebanyakannya warga asing..i siap pukul sorang mamat tu sb dia guna apa la yang bunyi bising tu..letak dekat telinga i..I nk marah sangat i terajang dia..nasib baik la dia xbalas balik..sb i cakap dekat dia..hoi bising la..masa dia dekat lautan manusia..masa tu la i terajang dia..org ramai mana la dia perasaan siapa yang terajang dia..ok la i post gambar..pembaca jangan marah..makin panjang i menulis ,makin merapu pula ayat kan..

Monday 26 August 2013

sahaja suka suki......................

salam, alhamdulilah sekarang masih lagi dalam bulan syawal..sy rasa sangat hepi dan excited tersangat untuk habiskan ramdhan yang tertinggal...alhamdulilah pejam celik2 akhirnya habis juga puasa yang tertinggal..............yeah...so, sempena hari raya yang sebenar bg diriku...sy nk hadiakan ini............utk diri sendiri... mn ni losyen blue pamogranate..................................................................................